Saturday, December 31, 2011

2011 dalam kenangan

2011 banyak memberikan aku kenangan pahit dan manis,aku juga belajar erti pengorbanan,kekeluargaan,persahabatan,juga pelbagai
lagi . 2011 adalah tahun yang amat menguji diriku,banyak yang ku tahu dan pelajari. Memang bak kata pepatah tak kenal maka
tak cinta, tak kena maka tak rasa. Masih segar dalam ingat tanggal 10 Januari 2011 jam 5.05 petang ,aku dikejutkan dengan
panggilan talipon bimbit dari adikku, "Abang!!! Aus accident ... katanya bak halilintar yang menyambar diriku.Ya Allah
tabahkan lah hatiku menerima ujian dan dugaan ini Aminnn... Aku dan keluarga bergegas ke HOSAS untuk melihat keadaan adikku,
Sesampai disana aku difahamkan yang Aus masih terpaksa ditidurkan lantaran kesakitan yang dialaminya. Sewaktu itu aku mengumpulkan
segala kekuatan,ku keraskan hatiku agar aku tidak menitiskan airmataku. Aku tahu ketika itu akulah yang menjadi kayu pengukur
siutasi, andainya aku bersedih pasti kesedihanku itu akan memberikan impak kepada ibuku,adik adiku sserta keluargaku ketika itu.
Tuhan saja yang betapa sedihnya aku ketika itu, mahu saja aku menghamburkan tangisan semahu mahunya.Malam itu Aus ditempatkan
di unit kecemasan untuk pemantauan lanjut pihak HOSAS.Pada malam itu aku sekeluarga balik ke Jengka jam 11.00 malam melalui
Kuala Krau.Keesokan harinya aku telah pergi ke HOSAS untuk melihat keadaan adikku.Aku sekali lagi tersentak,bila dimaklumkan
bahawa Aus akan dihantar ke HKL pada hari itu bagi rawatan lanjut.Masihku ingat ketika itu,Pak Lang sekeluarga baru sahaja sampai
di HOSAS.Bergegas ke unit kecemasan dan melihat Aus didalam ambulans.Maka setelah itu bermulalah satu perjalanan,satu pengalaman,
satu pengorbanan,satu ketabahan,satu dunia baru buat kami semua.Sebelum ini bila disebut Kuala Lumpur ,aku tidak berani pergi kesana
seorang diri dengan memandu keretaku.Tetapi kali ini,mahu tak mahu,suka tak suka,segalanya harusku tempuhi,Berbekalkan nombor talipon
bimbit Chik dan Mak Cik aku gagahi diriku ke ibukota.Sampai ditol Gombak terpaksa menunggu 2 jam barulah aku dibertemu mereka,
maklumlah jalan jem .Kali kedua aku pergi berbekalkan GPS yang ku beli dari Cikgu Chew.Pukul 6.00 dari Jengka magrib baru ku sampai
ke HKL.kali pertama ku memasuki KL tampa ditemani sesiapa,tanpa mengekori sesiapa hanya berpandukan GPS .
Alhamdulillah, aku selamat tiba disana.Disebalik tabir HKL aku lalui kehidupan disitu bersama ibuku,tempat tidur yang tidak selesa,
tempat makan yang amat jauh,tiada signal talipon bimbit,kami duduk disebuah bilik khas untuk menunggu berhampiran bank darah.
Disitu ku saksikan pelbagai kesulitan,kesedihan,kepayahan,ketabahan,dan pelbagai kenangan pahit manis sepanjang beberapa hari
aku disana.Dengan hati yang berat ku terpaksa tinggalkan ibu sendirian.Aku kembali ke Jengka kerana cutiku sudah habis.Allah saja
yang tahu bagaimana hatiku di Jengka mengenangkan ibu dan adikku di HKL.Aku rasa cukuplah setakat ini.Alhamdulillah,dimana Aus
ditempatkan ramai sanak saudara,adik beradik,sahabat handai ,orang kenamaan yang sudi melawat beliau.Aku tak mampu membalasnya
hanya Allah saja yang mampu membalasnya .Apapun ribuan terima kasih ku ucapkan pada semua yang sudi melawat,membantu,berkongsi cerita,
dan pelbagai sumbangan lagi.Terima Kasih semua.Kini Aus beransur pulih sedikit demi sedikit Alhamdulillah berkat doa , bantuan
serta sumbangan anda semua tanpa mengira bangsa,agama serta fahaman politik.Terima Kasih.

No comments: