Thursday, June 30, 2011

Sinopsis Anissa | Slot Samarinda TV3

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula tmbu dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.

Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?

Pelakon:

Rozita Che Wan
Aida Aris, Faradhiya
Fiza Elite
Zamarul Hisyam
Eizlan Yusof

Drama Anissa akan mula ditayangkan 31hb Mei , jam 10.30 malam di Slot Samarinda TV3. Boleh lihat video promo drama Anissa di bawah ini.

Copy N Paste dari : http://ezany-kun.com/2011/05/31/sinopsis-annissa-slot-samarinda-tv3/