Friday, October 16, 2009

Perkhemahan Sekolah

Kawasan tapak perkhemahan tempat berkumpul untuk aktiviti berkumpulan
Tiang pintu gerbang yg telah diusahakan oleh guru2 lelaki diketua Cikgu Sohaimi
Cantik tak ? pintu gerbang buatan sendiri...
Kita letakkan dalam kelas la khemah nie, nak tak?
At last......... siap gak khemah nie dipasang...
Murid-murid sedang berusaha untuk mendirikan khemah di tapak perkhemahan.
Amboi! sampai terduduk nak dirikan khemah nie, boleh ke idak?
Guru - guru lelaki sedang bertungkus lumus memerhatikan cikgu Yaacob dan cikgu Sohaimi.
Cikgu Sohaimi sedang mengikat buluh .
Cekgu Yaacob sedang berusaha mengerat buluh .

Friday, October 09, 2009

Lagi pasai kursus di terengganu

En.Mohd Yussri a.k.a Tuahdesa telah dihantor ke klinik balqis kerana hidungnya berdarah
Kelihatan tuahdesa sedang menunggu bersama dengan Cik Nurul (bertudung hijau)
Semangat mennyanyikan lagu Unggu Andaiku tahu
Cik Nurul menyampaikan sijil kpd para peserta
Kump asrol bergambor kenangan

Salam dan tangisan mengiringi majlis penutupan

Kursus Pembangunan Insan Cemerlang di Terengganu

time nok balik singgoh kejab kat kedai kepok

Fasilitator En.Abd Halim Hakim sedang menyampaikan syarahan
En.Hanafi (ketua kump 3) ,En.Ahmad Syukri sedang tekun mendgr ceramah
Yan sedang khusyuk mendengar diikuti dengan za (tudung pink)yg nampok serius tu
para peserta mengambil tempat
Sedang beriadah permaidani terbang
Isyarat tangan pengenalan diri ( mat yi, mat yi , mat yi)
Back drop la he he he

Seminar kenegaraan satu malaysia 2 dan 3 okt 2009


Tempat penginapan di BTPN jalan Beserah
Ucapan dan amanat daripada YH Dato Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Latiff Pengarah Pelajaran Pahang

Presiden Negeri Pahang En.Mat Tarmizi sedang berbincang Su En.Mohd Yussri dan Pengacara Majilis En.Idris




Kelihatan para peserta bersungguh mendengar penerangan .

Thursday, September 10, 2009

Ke Felda New Zealand

Semalam Cekgu Sofri dtg umah mintok tolong ambik kete die kat NewZealand
Nie la skit suasana di umah mak cekgu sofri tu

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana UPSR (03.09.2009)

Kelihatan barisan penghidang profesional bersiap siaga utk bertugas ...

Majlis bacaaan Yassin dimulakan dipimpin oleh Ust.Esa Guru Besar KAFA Jengka 13

Semoga calon UPSR dapat menjawap dengan cemerlang dan terus mengekalkan SKJ13 terunggul di daerah Maran Aminnnnnnnn!!!!!!!!

Hala Balik ke Jengka (31 Ogos 2009)

Nana tengah control cun bergambo kat tepi sungai pahang
Tempat nie khabo nye dulu nok jadi tempat nengok org berlumbe bot xtau skrg nie ....
Kluar dari blkang kuarters tnb temerloh,kalo terus k temerloh makmur , kanan k mentakab la..
susur kluar k jengka dari LPT
Alhamdulillah sampai jugok kat daerah jengka ....

Balik Kampung

Pade 28.08.2009 hari koi balik ke kampong saje nok merase bebuke ngan mak ayoh.


Tu la suasana Pasar Ramadhan dekat Bandar Bera xde la ramai sangat tapi ok la ...

Thursday, August 27, 2009

Lawatan PPD Maran ke sekolah

Hari nie PPD Maran En Rosdi dan En.Johari dah mai buat lawatan mengejut kat sekolah. Yang ade waktu tu aku,pt dan ppm. pueh gak la nak menjawab soalan cepumas yg kluar tu ape2 pun tgk la skit sedutan lawatan tadi tu .




Tuesday, August 25, 2009

4 hari di rompin ......







Bebaru nie g kursus 4 hari di Hotel Seri Malaysia Tanjung Gemok Rompin,

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuase Sebulan Ramadan

Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.


Tuesday, March 10, 2009

Kenduri d jengka 13

Kenduri ? bior btul kan arie nie keje,ye la kate member , aku trus ikut sah ade kenduri hari keje tuuu... Tahniah la diucapkan n selamat pengantin baru 2 pasang pengantinnye ...
Posted by Picasa