Sunday, June 19, 2011

Mengapa kembali ?

Sukar untuk ditafsirkan,bila kita berbelanja kadang - kadang kita leka dan alpa.namun sekiranya kita sentiasa berhati - hati ,insyaAllah, xkan terlebih membeli kemahuan.Namun nilai ringgit sekarang terlalu sedikit berbanding dahulu. Saya masih ingat dulu dengan 50 sen saya boleh membeli sebungkus nasi lemak dan segelas air .Sekarang perbezaanya amat ketara ,sudah tiada nasi yg berharga 50 sen lagi.Dengan kadar pendapatan kewangan yang rendah,pekerjaan yang memerlukan pelbagai sijil,kemahiran,kroni dan kepelbagaian yag lain, amatlah menyulit dan menyukarkan.Ramai yang tidak sedar atau masih di ulit mimpi - mimpi indah.Seandai perkara ini berterusan apakah masih ada harapan bagi anak - anak kita akan datang ?

Kenaikan harga barang,minyak,gas dan semuanya amatlah membimbangkan.Bagi yang berpendapatan tinggi ,ia adalah sekadar mainan pasaran.Manakala bagi yang berpendapatan rendah ianya ibarat api dalam sekam yang membakar dalam diam.Di celah inilah saya mengatur langkah,saya bina kekuatan rohani,saya cuba membina ekonomi,walau kandas berkali - kali,namun dihati tetap cuba untuk menerajui.Saya tahu keperitan,kesengsaraan,keinginan selalu bermain difikiran.Saya akan berusaha,berdoa agar diberikan kemudahan dan kesenangan ,insyaAllah Aminnn...

Permulaan Sessi Baru

Assalamualaikum,nampaknya dah terlalu lame saye berdiam.Kini sampailah masenye untuk saya bermula dan bergiat kembali dlm dunia blogger ini.so doakan saye semoga berusaha gigih untuk update entry saye ok ...