Wednesday, June 29, 2011

12 Tips Memahami DSLR

Semasa awal-awal kamera digital SLR diperkenalkan, harganya memanglah sangat mahal dan hanya mampu dimiliki golongan profesional sahaja. Namun sekarang ianya mampu dimiliki oleh semua golongan. Disebabkan itu, ramai yang memiliki tanpa pemahaman yang betul, seperti aku juga. Akibatnya hasil-hasil gambar tak bererti. Aku tertarik nak menulis artikel ni untuk membimbing sesiapa sahaja yang baru berkecimpung dan ingin mengetahui beberapa asas yang penting untuk memahami DSLR pertama kita. Prinsip-prinsip ini adalah sama untuk sebarang jenis kamera, tetapi tak semua dapat mengawal shutter & aperture secara manual dengan kamera kita.

Berminat Nak Tau? Teruskan..

Langkah-langkah

1. Cari satu subjek. Kita mungkin akan merakam satu kawasan yang luas, jadi yang paling penting jangan hampiri kawasan yang gelap dan kurang cahaya. Deria mata kita dapat mengesan lebih banyak cahaya dan pelbagai jenis cahaya yang lebih luas daripada satu nderia kamera digital (yang di panggil Dynamic Range dalam setting kamera). Mata ita boleh lihat menembusi cermin dan nampak apa isi dalamnya walaupun dalam keadaan cahaya yang rendah berbanding dengar keadaan cahaya di luar. Bagaimanapun, kamera digital tak boleh jadi sebegini. Dengan kamera, kita hanya dapat lihat apa yang ada diluar cermin atau di dalam cermin sahaja. Pertimbangkan hal ini bila memilih subjek. Jangan pilih terlalu banyak subjek.

2. Letakkan kamera pada sesuatu. Kalau ada tripod, lebih baik pasangkan. Kalau tak ada, letak pada satu kawasan yang kukuh. Ramai rasakan tripod ni tak diperlukan, malu nak bawak. Tapi untuk dapatkan hasil yang bermakna, pasangkan tripod.

3. Gunakan tetapan Program (P). Ianya adalah mode terbaik untuk permulaan pembelajaran.

4. Tukarkan kelajuan ISO. Kalau ini kamera pertama korang, cuba ekperimen dengan kelajuan ISO. Boleh ubah tetapan ISO dalam setting kamera. Ada juga kamera yang sediakan short-cut key untuk menukar kelajuan ISO. Untuk yang belum faham tentang kelajuan ISO, fungsinya ialah untuk mengukur kepekaan kamera dengan cahaya, lebih rendah angkanya, lebih kurang sensitiflah kamera terhadap cahaya. Lebih tinggi nombornya, lebih tinggi sensitif kamera terhadap cahaya. Cuba amati gambar pada subjek yang sama, kita gunakan ISO paling rendah (50, 100 atau 200), dan kemudian cuba pula dengan ISO yang lebih tinggi (800, 1600 atau lebih).

5. Gunakan tetapan Aperture-Priority (A). Kebiasaannya ia dinyatakan sebagai Av (aperture value) atau A (aperture priority) pada tetapan dail.

6. Tetapkan bukaan aperture lensa. Ia boleh diubah dengan menukar nombor dial pada kamera (dipanggil diaphragm) yang kebiasaannya bermula dari 1.4 hingga 22 pada hampir semua jenis lensa). Cuba rujuk pada buku arahan untuk lebih tepat. Fungsinya ialah menukar saiz bukaan lensa untuk membenarkan lebih banyak cahaya masuk atau mengurangkan jumlah cahaya pada sensor. Saiz bukaan lensa dinyatakan dengan pengiraan nisbah jarak lensa dengan saiz bukaan lensa (digambarkan dengan f/5.6 contohnya). Lebih kecil saiz aperture (kurang cahaya masuk) dinyatakan dengan nombor yang lebih besar (f/22 contohnya). Jadi, cuba rakamkan 2 gambar dengan aperture yang besar dan aperture yang kecil.

7. Ubah kepada tetapan Manual (M) sepenuhnya. Tetapan ini membenarkan kita mengawal sepenuhnya kamera untuk dapatkan hasil gambar yang lebih menarik. Bukanlah sepanjang masa kita perlu gunakan Manual mode, kalau tak apa gunanya setting lain tu. Tapi kita perlu gunakan manual apabila ingin mengawal kedua-dua kelajuan shutter dan bukaan aperture.

8. Tukar kelajuan shutter. Ia digambarkan dengan nombor-nombor yang menaik dua kali ganda setiap kali ditukar. Kelajuan shutter bermula dari 1 saat, 1/2 saat, 1/4, 1/8, 1/16, dan seterusnya (dipanggil “stop” setiap perubahan nombor).

Cuba ambil satu gambar dengan beberapa stops yang berbeza.

- Gambar yang menggunakan shutter laju lebih gelap. Ianya mungkin lebih baik tau sebaliknya bergantung kepada keadaan cahaya.
- Gambar yang menggunakan shutter perlahan menampakkan pergerakkan, gambar yang goyang sekiranya kita pegang kamera sendiri. Walaupun kita memasangkan kamera pada tripod, kelajuan shutter yang sangat perlahan (setengah saat atau lebih) akan menghasilkan gambar yang kabur kerana kamera goyang.
- Bagaimanapun, kita perlu gunakan shutter yang lebih perlahan pada waktu malam contohnya untuk dapatkan gambar pergerakkan lampu kereta. Dalam keadaan yang terang kita boleh gunakan shutter lebih laju untuk mendapatkan pergerakkan yang terhenti.

Gaban

9. Penting. Ingat terma ini. Fikirkan terma cahaya, kita boleh ubah bukaan aperture, kelajuan ISO atau kelajuan shutter untuk mendapatkan kekuatan berbeza pada setiap jenis keadaan cahaya. Mengubah setiap satu daripadanya akan memberi kesan pada gambar yang diambil, mungkin lebih baik atau sebaliknya. Ingati setiap satunya, dan amalkan semasa merakam subjek kita, sehingga kita terbiasa dengan setiap keadaan sekeliling.

10. Tukarkan kembali kepada tetapan Program (P) sekarang. Memang menarik mengetahui kesemua benda diatas, kita boleh amalkan bila-bila masa sahaja tetapan manual itu sekiranya rasa perlu. Tapi kebanyakkan masanya kita tak perlu fikirkan tentang tetapan manual kerana ada tetapan automatik lain yang memudahkan kerja.

11. Gunakan lensa yang berbeza sekiranya ada. Kalau belum ada, lebih baik sekiranya memiliki satu lensa zoom. Ianya praktikal untuk potret mahupun sukan. Lensa tetap dengan saiz berbeza memiliki focal lengths yang berlainan. Lensa zoom pula mempunyai saiz panjang focal berbeza dan boleh diubah. Lensa 50mm adalah bersamaan atau lebih kurang dengan penglihatan manusia sekiranya dipasang pada 35mm film atau sensor. Bagaimanapun, kebanyakkan sensor digital SLR adalah lebih kecil daripada 35mm film. Maka, panjang focal sebenar perlu digandakan dengan 1.5 di kebanyakkan kamera. (Di panggil Digital Field of View Cropping). Lensa telephoto seperti 80mm atau lebih panjang akan membawa subjek lebih dekat kepada kita. Ia sesuai digunakan untuk potret dan merakam haiwan. Tetapi kita perlu ingat saiz bukaan aperture pada telephoto lebih kecil berbanding lensa tetap. Maka sensitiviti lensa akan lebih lemah berbanding lensa biasa. Ada juga lensa yang mempunyai bukaan aperture lebih besar seperti 70-300mm f/2.8, tetapi harganya adalah sangat mahal. Wide-angle lens seperti 10-20mm memberikan lebih ruang pada pandangan kita. Ia juga memberi gambaran yang kita melihat sesuatu objek pada jarak yang jauh. Ianya berguna apabila merakam gambar pada ruang yang lebih kecil seperti dalam bilik atau pemandangan luas.

12. Mulakan merakam gambar-gambar. Sekarang kita dah fahami asas-asas menggunakan kamera digital SLR, macam mana nak gunakan pada setiap keadaan berbeza, keluarlah dan cuba dalami!

Copy N Paste Dari :

http://blog.mohdrazali.com/2009/03/12-tip-memahami-dslr/

Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo





Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama "al-Muzayadah", iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya "saling naik menaik" dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.




Apabila tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan, beerti penjual telah redha dengan satu harga tertinggi dan ini menyebabkan kontrak jual beli yang mengandungi ‘ijab dan qabul termeterai secara automatik di antara kedua belah pihak. Jual beli ini adalah halal disisi Islam dengan syarat-syaratnya.

Antara asas kepada keharusan lelongan ini adalah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَاعَ حِلْسًا ) بساط للأرض أو كساء لظهر الدابة ) وَقَدَحًا وَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي هَذَا الْحِلْسَ وَالْقَدَحَ فَقَالَ رَجُلٌ أَخَذْتُهُمَا بِدِرْهَمٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ فَأَعْطَاهُ رَجُلٌ دِرْهَمَيْنِ فَبَاعَهُمَا مِنْه

Erti : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjual hilsan (hamparan seperti permaidani atau selimut di belakang binatang kenderaan) , lalu bersabda : Adakah sesiapa ingin membeli hamparan ini , lalu berkata seorang lelaki : Aku setuju untuk mengambilnya dengan harga satu dirham, lalu baginda Nabi s.a.w bersabda lagi : ada sesiapa ingin membayar lebih dari satu dirham, lalu seorang lelaki setuju dan membayar dua dirham, lalu Nabi s.a.w menjualnya kepada lelaki itu. ( Riwayat At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan) [1]
Hukum jualan ini juga telah terdapat ijma berkenaan keharusannya, sebagaimana di sebutkan oleh para ulama mazhab Hanbali, Manakala mazhab Syafie mensyaratkan ia mestilah tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa dan benar-benar ingin membeli, jika tidak dikira sebagai an-Najash yang haram [2]

Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung di bawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami telah pun mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan syarat-syaratnya, antara yang disebut dalam resolusinya adalah :-

•a- Setiap proses selanjutnya (setelah menang) seperti catatan secara bertulis, syarat-syarat pembayaran, pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan hukum Syariah.

•b- Penganjur atau penjual dibenarkan meminta jaminan daripada mereka yang turut serta dalam majlis lelongan bagi memastikan semua mereka adalah pembeli berpotensi yang sebenar dan komit dengan pembelian sekiranya menang.

•c- Dibenarkan penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan SYARAT Ia tidak melebihi nilai sebenarnya. (bermakna ia mestilah nilai minima dan pihak penganjur tidak akan mengambil keutungan darinya tetapi sekadar urusan pentadbiran sahaja).

•d- Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual.

•e- Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, kononnya jualan sedang berada di tahap yang sangat murah.

•f- Penjual mempromosikan kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan lihat bagi menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.
Hukum Lelong di E-BAY

Setelah menerangkan serba ringkas asas dan panduan bagi jual dan belian lelong di atas, hasil pengamatan dan percubaan saya melakukan pembelian di e-bay, saya dapati hukum pembelian melalui ebay adalah HARUS selagi mana barang yang dibeli BUKAN emas, perak dan matawang semasa yang diguna pakai (bukan yang antik tanpa nilai).

Pembelian ketiga-tiga item tadi diwajibkan untuk serah dan terima secara semerta, namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan proses-prosesnya, namun demikian terdapat fatwa lebih ringan yang mengizinkan kelewatan selama tempoh 3 hari dari tempoh pembelian. Ia adalah pandangan mazhab Maliki, ia berdasarkan kaedah fiqh yang popular iaitu :-

ما قارب الشيء يعطي حكمه

Ertinya : Apa-apa yang hampir dengan sesuatu maka akan mengambil hukum sesuatu itu[3]


Kesimpulan berkenaan hukum membeli melalui ebay adalah :-

•1) Dibenarkan atau harus untuk MEMBELI di web e-bay. Kecuali pembelian tiga item tadi mestilah dengan menjaga syarat yang telah disebut di atas. Pandangan lebih selamat agar menjauhi pembelian emas, perak dan matawang melalui ebay, berpegang kepada fatwa majoriti ulama silam dan kontemporari.

•2) Dibenarkan atau harus untuk MENJUAL di web ebay. Namun demikian komisyen yang diambil oleh paypal dan ebay dari pembeli adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu kerja. Namun demikian caj tersebut MESTILAH DILKETAHUI CARA KIRAAN dan jumlahnya dari awal penjualan dibuat.

Menerima bayaran dari pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah HARUS kerana ia di luarkuasa dan tanggungjawab penjual.

•3) Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram, walaupun pembeli membayar harga ‘on time' kepada pengeluar kad, ia adalah kerana setiap pembeliannya akan memberikan komisyen kepada pengeluar kad kredit riba, ia akan dikira membantu perkembangan industri kad kredit riba secara langsung.

•4) PayPal ; Pembayaran melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram.

•5) Tempoh Serah : Mestilah diketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.

•6) Jaminan : Mestilah diketahui atau boleh dihubungi penjual sekiranya barang masih tidak sampai melepasi tempoh yang dijanjikan.

•7) Jaminan atas kerosakan atau aib ; Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti rugi dari pihak ebay. Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay, pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang menghadapi penipuan melalui transaksi jual beli di ebay. Rakan saya di Swansea, UK pernah menerima ganti rugi beberapa ratus £ apabila television yang dibelinya melalui ebay mempunyai kerosakan yang tidak dinyatakan dengan jelas oleh penjual dalam spesifikasi jualan.

Tindakan dan peruntukan ganti rugi ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.


LELONG DI SWOOPO

Saya turut ditanya satu lagi web lelongan yang kian popular iaitu www.swoopo.co.uk

Setelah meneliti terma dan syarat penyertaan dalam lelongan swoopo, saya mendapati lelongan swoopo berbeza dengan ebay, antara terma yang cukup berbeza dengan ebay adalah :-

3. Bid Purchasing for Online Bidding / Payment / FreeBids

Bidding rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called "BidPacks") at the currently applicable prices, which can be viewed in "My Swoopo" under "Buy Online Bids".

Payment can be made by credit/debit card or via payment agents such as PayPal.

Should a payment not be honoured by a user, a returned payment fee will be charged. The user will be responsible for these fees. Swoopo reserves the right to block access to the user's account until payment in full of the invoice amount, including any fees due to returned payment etc., and to withhold any outstanding deliveries until payment is received in full.

Certain bids (e.g. some "FreeBids") are valid only for a limited time. Upon expiration of the time stated, the bids expire and can no longer be placed. Refunds are not available for expired bids.

4. Bidding / Use of the BidButler

Users can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account.


KESIMPULAN

Jual dan beli atau bidaan melalui web swoopo adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang cukup besar. Ini kerana setiap peserta perlu membeli hak untuk bid yang punyai nilai tertentu, dan hanya punyai beberapa kali peluang bid berdasarkan nilai pakackage bid yang dibeli. Ia ternayat dengan jelas dalam ayat ini ;-


Bidding rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called "BidPacks") at the currently applicable prices,

Dan ini

Each bid costs just 40 pence, available in "BidPacks" of 25, 50, 100, 250 and 500 [4]

Anda dapat melihat bagaimana satu kali bid fee dan dikenakan adalah 40 pence ( RM 2.00 ), anda dikehendaki membeli bidpack dalam package di atas, cuba kalikan dan lihat berapakah tunai yang perlu anda bayar untuk menyertai bidding ini.

Ia jelas dan terang menjadi judi apabila disebut dalam termanya :-

Users can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account. [5]


Tatkala itu, ia sama seperti judi yang mana pembayaran hak bid dijadikan sebagai wang taruhan, dan barang yang dijual dijadikan seperti hadiah kemenangan. Manakala semua pembida yang tewas akan kehilangan wang bidaannya.

Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

16 Januari 2009



[1] Hadis ini bagaimanapun dikritik oleh sebahagian pakar yang mengatakannya dhoif, namun dibalas oleh ulama lain bahawa ia mempunyai sandaran-sandaran nas lain (shawahid) sebagai penguat.

[2] Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, hlm 220

[3] Al-Ashabh wa an-Nazair, As-Suyuti, hlm 82

[4] http://www.swoopo.co.uk/help.html

[5] http://www.swoopo.co.uk/help.html


Copy N Paste from :

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net