Wednesday, September 28, 2011

Apple Mengesahkan Pelancaran iPhone 5 Pada 4 Oktober

Setelah diwar-warkan sebelum ini, kini disahkan bahawa Apple bakal melancarkan iPhone 5 pada 4 Oktober ini pukul 10.00 pagi di kampus Apple sendiri iaitu di Cupertino, California. Dijangkakan bahawa Apple bakal melancarkan iPhone generasi baru, iaitu iPhone 5 dan pada masa yang sama, sistem operasi mereka, iOS 5.

Sehingga kini, fungsi yang bakal diperkenalkan pada iPhone 5 masih menjadi tanda tanya. Tetapi ia diperkatakan yang mana iPhone 5 kelak akan membawakan cip pemprosesan A5, RAM 1GB, dan juga kamera 8-megapixel. Selain daripada itu, ia juga bakal membawakan kebolehan untuk mengawal telefon menggunakan suara, dipanggil Assistant.

Sama-sama kita nantikan pelancaran iPhone 5 tidak lama lagi.


copy dan paste dari :

http://amanz.my/2011/09/apple-mengesahkan-pelancaran-iphone-5-pada-4-oktober/

1 comment:

mcm ni lah said...

i follow you,. dapatkan info2 terkini lagi sengsasi di blog saya http://macamnilahkita.com .
singgah dan follow yer,.