Monday, June 20, 2011

Hari Isnin


Alhamdulillah,
Sempat gak update blog hari nie,ingat xsempat dah, hu3 skit bz hari nie, g Jengka 8,Balik umah,jemput anak skoloh Agama KAFA,g kedai runcit ,layan Nurina dll, hu3 mcm la bz sgt koi nie. Hari nie xde plak xtiviti yg best nok share kat sini harap besok ade lah .. ok la dulu chowwwwwwwww..... salam..

Sunday, June 19, 2011

Mengapa kembali ?

Sukar untuk ditafsirkan,bila kita berbelanja kadang - kadang kita leka dan alpa.namun sekiranya kita sentiasa berhati - hati ,insyaAllah, xkan terlebih membeli kemahuan.Namun nilai ringgit sekarang terlalu sedikit berbanding dahulu. Saya masih ingat dulu dengan 50 sen saya boleh membeli sebungkus nasi lemak dan segelas air .Sekarang perbezaanya amat ketara ,sudah tiada nasi yg berharga 50 sen lagi.Dengan kadar pendapatan kewangan yang rendah,pekerjaan yang memerlukan pelbagai sijil,kemahiran,kroni dan kepelbagaian yag lain, amatlah menyulit dan menyukarkan.Ramai yang tidak sedar atau masih di ulit mimpi - mimpi indah.Seandai perkara ini berterusan apakah masih ada harapan bagi anak - anak kita akan datang ?

Kenaikan harga barang,minyak,gas dan semuanya amatlah membimbangkan.Bagi yang berpendapatan tinggi ,ia adalah sekadar mainan pasaran.Manakala bagi yang berpendapatan rendah ianya ibarat api dalam sekam yang membakar dalam diam.Di celah inilah saya mengatur langkah,saya bina kekuatan rohani,saya cuba membina ekonomi,walau kandas berkali - kali,namun dihati tetap cuba untuk menerajui.Saya tahu keperitan,kesengsaraan,keinginan selalu bermain difikiran.Saya akan berusaha,berdoa agar diberikan kemudahan dan kesenangan ,insyaAllah Aminnn...

Permulaan Sessi Baru

Assalamualaikum,nampaknya dah terlalu lame saye berdiam.Kini sampailah masenye untuk saya bermula dan bergiat kembali dlm dunia blogger ini.so doakan saye semoga berusaha gigih untuk update entry saye ok ...

Wednesday, July 28, 2010

Tuesday, January 26, 2010

Sekitar Majlis Pertunangan Din di Jengka 1






Maap la ghambo xbrp cun, pakai handset je tu pasal

Nana Masuk Prasekolah





Tahun nie nana brjaya mendaftar masuk ke Prasekolah kat sini,lega la skit poket seluarku, he he he he .. nie sikit ghambo nana kat prasekolah..

Akhirnya


Setelah bertungkus lumus selama bberapa minggu , barula lega skit, bleh la koi menulis kat blog nie... memang kate org keje sampai bebila pun x abis2 ye tak... mane yg bleh tangguh, tangguh le kejab . buat la mane hok penting dulu . oh ye lupe pulok.. kat atas tu gambo Nurina yg dah kluar kat majalah HPA Edisi II - Disember 2009. Kembang gak hidung kejab, yelah bukan senang nok masuk majalah nie , he he he. Nie la rezeki dia .. nampoknye pembukaan taun nie brmula dgn khabor gembira , semoga brterusan hingga akhir la yek......

Thursday, January 14, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Assalamualaikum,
Bermula la tahun 2010 dengan penuh debaran, apakah yg akan dilalui tahun nie? Bersedia lah dgn pelbagai kaedah,doa,usaha,ikhtiar dan cara utk menghadapi pelbagai rintangan onak dan duri di sepanjang tahun nie. Benarkah khabar2 angin yg bertiup kencang selepas bajet 2010 dibentangkan? bagaimana ingin menghadapi situasi itu nanti ? itulah di antara yg akan ditempuhi tahun ini. Anda bersedia? Bagaimana ?


Monday, December 14, 2009

Renungan Bersama


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Musim Persediaan Persekolah Bermula

Wah! diam xdiam dah dekat nak bukok sekolah dah.Banyak lagi keje 2009 yg xberes nie. nak wat stok la, nak wat buku la, memcm la yg belum beres nie .. harap dan la siap sebelum minggu depan he he he :P


Nampok tak Sir Sharul tu , bertungkus lumus nak siapkan buku perancangan koko sampai habis bertaboran kertas he he he... rajin btul nampok gayenye ..

Friday, December 11, 2009

2hb Dec 2009 Pekan Sehari di Durian Tawar

Baru2 nie blik kampong jap ade kenduri nak khatankan anok sedara (uwais n lolo) ,Jadi arie Rabu tu g la pekan sehari dgn Nana n Nusi (adik Iparku) sambil meround n cuci mate . Tunggu mak beli bebarng utk kenduri mlm nie . Mok dtg sendiri ngan kancil , Koi n geng dtg ngan Iswara koi la..
Sedikit suasana di pekan sehari pade hari tu.
Cekgu Deris (Kopiah Putih Baju Dark Blue) sedang menanti pelangan.

Kalo dulu byk gak la org berjual kat sini, walaupun makin kecil tapi tetap meriah cam dulu2. Ingat lagi sanggup ponteng skolah nok g sini tapi kantoi lak ngan cekgu kat sini. he he he he

Pasai kenduri meh la tgk kat blog keluargaku klik je link kat sebelah

Friday, October 16, 2009

Perkhemahan Sekolah

Kawasan tapak perkhemahan tempat berkumpul untuk aktiviti berkumpulan
Tiang pintu gerbang yg telah diusahakan oleh guru2 lelaki diketua Cikgu Sohaimi
Cantik tak ? pintu gerbang buatan sendiri...
Kita letakkan dalam kelas la khemah nie, nak tak?
At last......... siap gak khemah nie dipasang...
Murid-murid sedang berusaha untuk mendirikan khemah di tapak perkhemahan.
Amboi! sampai terduduk nak dirikan khemah nie, boleh ke idak?
Guru - guru lelaki sedang bertungkus lumus memerhatikan cikgu Yaacob dan cikgu Sohaimi.
Cikgu Sohaimi sedang mengikat buluh .
Cekgu Yaacob sedang berusaha mengerat buluh .

Friday, October 09, 2009

Lagi pasai kursus di terengganu

En.Mohd Yussri a.k.a Tuahdesa telah dihantor ke klinik balqis kerana hidungnya berdarah
Kelihatan tuahdesa sedang menunggu bersama dengan Cik Nurul (bertudung hijau)
Semangat mennyanyikan lagu Unggu Andaiku tahu
Cik Nurul menyampaikan sijil kpd para peserta
Kump asrol bergambor kenangan

Salam dan tangisan mengiringi majlis penutupan

Kursus Pembangunan Insan Cemerlang di Terengganu

time nok balik singgoh kejab kat kedai kepok

Fasilitator En.Abd Halim Hakim sedang menyampaikan syarahan
En.Hanafi (ketua kump 3) ,En.Ahmad Syukri sedang tekun mendgr ceramah
Yan sedang khusyuk mendengar diikuti dengan za (tudung pink)yg nampok serius tu
para peserta mengambil tempat
Sedang beriadah permaidani terbang
Isyarat tangan pengenalan diri ( mat yi, mat yi , mat yi)
Back drop la he he he

Seminar kenegaraan satu malaysia 2 dan 3 okt 2009


Tempat penginapan di BTPN jalan Beserah
Ucapan dan amanat daripada YH Dato Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Latiff Pengarah Pelajaran Pahang

Presiden Negeri Pahang En.Mat Tarmizi sedang berbincang Su En.Mohd Yussri dan Pengacara Majilis En.Idris




Kelihatan para peserta bersungguh mendengar penerangan .