Thursday, September 10, 2009
Balik Kampung
Thursday, August 27, 2009
Lawatan PPD Maran ke sekolah
Tuesday, August 25, 2009
Monday, August 24, 2009
Selamat Berpuase Sebulan Ramadan
Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.
Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.
Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.
Tuesday, March 10, 2009
Kenduri d jengka 13
Monday, March 09, 2009
Sabtu yg pantas berlalu
On the way blik tepat jam 4.30 ptg tetiba ade serombongan mahluk melintas hampir2 nak terlanggar nasib baik la sempat brek ... mahluk ape? klik kat cni
pkul 6.45ptg g kedai saberi bungkus la mkn mlm coz wife blik jengka 9 ho ho ho ... keseorgan la aku kali nie...
kisah Jumaat
kelihatan Ust Mohd Azmi Hj Othman sedang rancak meyampaikan syarahan maulidur rasul...
Nie la diantara yg dtag khusyuk sungguh mendgr dan mehayati ceramah tu ..
Ust Azmi ade menyampaikan tentang cintanya Rasulullah pade kite,bagaimana hebatnye perjuangan baginda,kasihnye sahabat pade baginde,serta kasih baginda pade seluruh umat islam amnya.. walaupun aku sampai lewat tetapi dpt jugak la serba sedikit ilmu yg disampaikan .... termsk jugak la pasai tsunami,gaza, kfc,mcd dan dll....
Thursday, March 05, 2009
Hari yg memenatkan
Hari nie smpat la g bilik pemulihan jab nengok cikgu yaccob, kebetulan g praskolah singgah jab kat situ...
Nie la sudut yg ade dlm blik pemulihan tu he he he.. blik sempit gini la kena sekat sendiri .....
dah masuk 3 hari org kesihatan mai kat skolah yelah check gigi memurid nie..
depa mai dgn treler tapi body kena tinggal lak (hish kalo aku bleh bawok kan best) xckup kenderaan kate misi ..
Wednesday, March 04, 2009
Ke PPDM
Lepas tu koi singgah jap kat pjbat pos jengka nemankan member koi membeli belah (setem) kat situ...
Abis je koi pun trus je blik .... k skolah sekian..
Tuesday, March 03, 2009
Latihan Kawad Kaki Bermula
Pertandingan kawad kaki zon jengka akan bermula .. kelihatan Ust Kamaruddin sedang giat melatih memurid kawad kaki, nampok bersungguh Ust Din kali nie ..
Monday, March 02, 2009
Anakku
Tuesday, February 17, 2009
Friday, January 30, 2009
Satu blog satu harapan
lame dah koi xnulih kat sini yelah bz kononnye he he he he.... nie dah nak bln 2 byk lagi benda xsettle xtau la koi, camne nok buat xpelah koi usaha sebaik yg bleh utk buat terbaik bagi taun ni InsyaAllah ...
Friday, January 16, 2009
Salam Pertemuan di tahun baru
Tuesday, October 14, 2008
Lintasan Hati
Susah,senang memang selalu bermain dimata, keinsafan dan kesedaran selalu terlintas dihati. Nak ku bantu aku xmemiliki,nak dihulur aku xmempunyai, aku hanya mampu berdoa agar mrk dirahmati dan dikasihi Allah.. WallAllhu'alam..
Friday, September 26, 2008
Hatiku..........
Selamat Hari Raya
Thursday, July 31, 2008
Saturday, June 07, 2008
Realiti Kehidupan
Corpetro said... saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.
isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....
Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...
Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik....
Inilah realiti kehidupan sekarang,saye ambil kisah ini dari sini.
Saye sebenarnya teramat rasa sedih,kecewa,tidak gembira dgn ape yg berlaku skrg.Kenaikan harga minyak byk mempengaruhi pelbagai faktor walaupun dinafikan sekerasnya oleh pelbagai pihak.Sama mcm seblum nie kate xnaik tapi naik gak.Saye amat memahami keadaan saudara Corpetrosebgi One Man Income krn saye jugak One Man Income, Kenaikan minyak ini amatlah membebankan semua rakyat terutama golongan yg mcm kami.
Wahai sahabatku marilah kite bersama berubah dan kembali mengingati tuhan hanya inilah sesatunya jln yg membawa penyelesaian sepenuhnya.Marilah kite bersatu dan bersame2 bkan utk mengutuk paklah dan kerajaan,bkan utk mengadakan mogok atau demontrasi jalanan tetapi menggunakanhak dan sesatunye senjata kite (org Mukmin) iaitu doa kpd tuhan.Bkan dipinta keruntuhan kerajaan paklah tetapi agar Allah membukakan pintu hatidan mata hati mrk2 agar sedar,insaf dan berubah ke arah kebaikan ataupun didtgkan seorg pemimpin yg seumpama Rasulullah S.A.W semoga kite berolehkembali keamanan,ketenangan dan kemakmuran.. Wallahualam Terima Kasih ..


