Thursday, September 10, 2009

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana UPSR (03.09.2009)

Kelihatan barisan penghidang profesional bersiap siaga utk bertugas ...

Majlis bacaaan Yassin dimulakan dipimpin oleh Ust.Esa Guru Besar KAFA Jengka 13

Semoga calon UPSR dapat menjawap dengan cemerlang dan terus mengekalkan SKJ13 terunggul di daerah Maran Aminnnnnnnn!!!!!!!!

Hala Balik ke Jengka (31 Ogos 2009)

Nana tengah control cun bergambo kat tepi sungai pahang
Tempat nie khabo nye dulu nok jadi tempat nengok org berlumbe bot xtau skrg nie ....
Kluar dari blkang kuarters tnb temerloh,kalo terus k temerloh makmur , kanan k mentakab la..
susur kluar k jengka dari LPT
Alhamdulillah sampai jugok kat daerah jengka ....

Balik Kampung

Pade 28.08.2009 hari koi balik ke kampong saje nok merase bebuke ngan mak ayoh.


Tu la suasana Pasar Ramadhan dekat Bandar Bera xde la ramai sangat tapi ok la ...

Thursday, August 27, 2009

Lawatan PPD Maran ke sekolah

Hari nie PPD Maran En Rosdi dan En.Johari dah mai buat lawatan mengejut kat sekolah. Yang ade waktu tu aku,pt dan ppm. pueh gak la nak menjawab soalan cepumas yg kluar tu ape2 pun tgk la skit sedutan lawatan tadi tu .




Tuesday, August 25, 2009

4 hari di rompin ......







Bebaru nie g kursus 4 hari di Hotel Seri Malaysia Tanjung Gemok Rompin,

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuase Sebulan Ramadan

Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.


Tuesday, March 10, 2009

Kenduri d jengka 13

Kenduri ? bior btul kan arie nie keje,ye la kate member , aku trus ikut sah ade kenduri hari keje tuuu... Tahniah la diucapkan n selamat pengantin baru 2 pasang pengantinnye ...
Posted by Picasa

Monday, March 09, 2009

Sabtu yg pantas berlalu

Sabtu : aku gi ke mesyuarat kawasan kali ke 16 oleh kpkp ho ho ho... tak smpat nak ambik ghambo bebyk yelah first time hadir meeting...
On the way blik tepat jam 4.30 ptg tetiba ade serombongan mahluk melintas hampir2 nak terlanggar nasib baik la sempat brek ... mahluk ape? klik kat cni
pkul 6.45ptg g kedai saberi bungkus la mkn mlm coz wife blik jengka 9 ho ho ho ... keseorgan la aku kali nie...
Posted by Picasa

kisah Jumaat

Mlm jumaat bebaru nie ade ceramah agama kat mesjid , lalu aku pergi mendgrnye ....
kelihatan Ust Mohd Azmi Hj Othman sedang rancak meyampaikan syarahan maulidur rasul...
Nie la diantara yg dtag khusyuk sungguh mendgr dan mehayati ceramah tu ..
Ust Azmi ade menyampaikan tentang cintanya Rasulullah pade kite,bagaimana hebatnye perjuangan baginda,kasihnye sahabat pade baginde,serta kasih baginda pade seluruh umat islam amnya.. walaupun aku sampai lewat tetapi dpt jugak la serba sedikit ilmu yg disampaikan .... termsk jugak la pasai tsunami,gaza, kfc,mcd dan dll....
Posted by Picasa

Thursday, March 05, 2009

Hari yg memenatkan

Sejak pagi sebuk ngan memcm benda antaranya mencetak soalan p1 utk memurid tahun 1 ....
Hari nie smpat la g bilik pemulihan jab nengok cikgu yaccob, kebetulan g praskolah singgah jab kat situ...

Nie la sudut yg ade dlm blik pemulihan tu he he he.. blik sempit gini la kena sekat sendiri .....

dah masuk 3 hari org kesihatan mai kat skolah yelah check gigi memurid nie..


depa mai dgn treler tapi body kena tinggal lak (hish kalo aku bleh bawok kan best) xckup kenderaan kate misi ..

Posted by Picasa

Wednesday, March 04, 2009

Ke PPDM

Hari nie koi g ppd maran antor dokumen KWAPM n Tnt Feb 2009, seskali jejln bukan selalu smpat la lalu kat resort blakang PPD tadi ...

Lepas tu koi singgah jap kat pjbat pos jengka nemankan member koi membeli belah (setem) kat situ...

Abis je koi pun trus je blik .... k skolah sekian..
Posted by Picasa

Tuesday, March 03, 2009

Latihan Kawad Kaki Bermula


Pertandingan kawad kaki zon jengka akan bermula .. kelihatan Ust Kamaruddin sedang giat melatih memurid kawad kaki, nampok bersungguh Ust Din kali nie ..
Posted by Picasa

Monday, March 02, 2009

Anakku


Wah!! anakku dah berusia 2 bulan,he he he dah timbang tadi berat ade la 4.5kilo sblum nie 3.5kilo naik sekilo la ... Ape cite Firtudungbiru yek lame dah xdgr cerita kalo free call la saye...
camner anakku tu comel n kiut kan biase la like father like son ..

Friday, January 30, 2009

Satu blog satu harapan

Ho ho ho, baru tadi koi wat blog baru kat sini, ha saje try kot2 bleh jadi top he he he he... nampok nye gitu le..

lame dah koi xnulih kat sini yelah bz kononnye he he he he.... nie dah nak bln 2 byk lagi benda xsettle xtau la koi, camne nok buat xpelah koi usaha sebaik yg bleh utk buat terbaik bagi taun ni InsyaAllah ...