Thursday, August 27, 2009

Lawatan PPD Maran ke sekolah

Hari nie PPD Maran En Rosdi dan En.Johari dah mai buat lawatan mengejut kat sekolah. Yang ade waktu tu aku,pt dan ppm. pueh gak la nak menjawab soalan cepumas yg kluar tu ape2 pun tgk la skit sedutan lawatan tadi tu .




Tuesday, August 25, 2009

4 hari di rompin ......







Bebaru nie g kursus 4 hari di Hotel Seri Malaysia Tanjung Gemok Rompin,

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuase Sebulan Ramadan

Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Sebaliknya, dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindroma metabolik. Sindroma ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolik yang melanda dunia masa kini.

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Satu sumbangan besar ibadah puasa Ramadhan kepada manusia adalah dalam membantu mengatasi masalah merokok. Ramai perokok sering kali memikirkan untuk berhenti dari merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali. Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan juga menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka. Melalui kajian-kajian, didapati 70 peratus dari perokok-perokok ternyata telah pun mencuba berhenti merokok dan 40 peratus dari perokok-perokok mencuba berhenti setiap tahun. Kita telah kenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok dan di antara punca utama ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan yang terdapat dalam kandungan asap rokok. Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian. Walaubagaimanapun, pada bulan Ramadhan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadhan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang memudahkan seseorang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Antara lain adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadhan. Suasana di tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Kita dapati peluang dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok wujud kerana tiada suasana yang mana perokok itu selalu merokok seperti selepas makan pagi, tengah hari bersama-sama dengan kawan sekerja seperti pada hari-hari lain. Adalah diharapkan agar kita dapat membantu lebih satu juta rakyat Malaysia beragama Islam yang merokok untuk berhenti merokok sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak tahun ini.


Tuesday, March 10, 2009

Kenduri d jengka 13

Kenduri ? bior btul kan arie nie keje,ye la kate member , aku trus ikut sah ade kenduri hari keje tuuu... Tahniah la diucapkan n selamat pengantin baru 2 pasang pengantinnye ...
Posted by Picasa

Monday, March 09, 2009

Sabtu yg pantas berlalu

Sabtu : aku gi ke mesyuarat kawasan kali ke 16 oleh kpkp ho ho ho... tak smpat nak ambik ghambo bebyk yelah first time hadir meeting...
On the way blik tepat jam 4.30 ptg tetiba ade serombongan mahluk melintas hampir2 nak terlanggar nasib baik la sempat brek ... mahluk ape? klik kat cni
pkul 6.45ptg g kedai saberi bungkus la mkn mlm coz wife blik jengka 9 ho ho ho ... keseorgan la aku kali nie...
Posted by Picasa

kisah Jumaat

Mlm jumaat bebaru nie ade ceramah agama kat mesjid , lalu aku pergi mendgrnye ....
kelihatan Ust Mohd Azmi Hj Othman sedang rancak meyampaikan syarahan maulidur rasul...
Nie la diantara yg dtag khusyuk sungguh mendgr dan mehayati ceramah tu ..
Ust Azmi ade menyampaikan tentang cintanya Rasulullah pade kite,bagaimana hebatnye perjuangan baginda,kasihnye sahabat pade baginde,serta kasih baginda pade seluruh umat islam amnya.. walaupun aku sampai lewat tetapi dpt jugak la serba sedikit ilmu yg disampaikan .... termsk jugak la pasai tsunami,gaza, kfc,mcd dan dll....
Posted by Picasa

Thursday, March 05, 2009

Hari yg memenatkan

Sejak pagi sebuk ngan memcm benda antaranya mencetak soalan p1 utk memurid tahun 1 ....
Hari nie smpat la g bilik pemulihan jab nengok cikgu yaccob, kebetulan g praskolah singgah jab kat situ...

Nie la sudut yg ade dlm blik pemulihan tu he he he.. blik sempit gini la kena sekat sendiri .....

dah masuk 3 hari org kesihatan mai kat skolah yelah check gigi memurid nie..


depa mai dgn treler tapi body kena tinggal lak (hish kalo aku bleh bawok kan best) xckup kenderaan kate misi ..

Posted by Picasa

Wednesday, March 04, 2009

Ke PPDM

Hari nie koi g ppd maran antor dokumen KWAPM n Tnt Feb 2009, seskali jejln bukan selalu smpat la lalu kat resort blakang PPD tadi ...

Lepas tu koi singgah jap kat pjbat pos jengka nemankan member koi membeli belah (setem) kat situ...

Abis je koi pun trus je blik .... k skolah sekian..
Posted by Picasa

Tuesday, March 03, 2009

Latihan Kawad Kaki Bermula


Pertandingan kawad kaki zon jengka akan bermula .. kelihatan Ust Kamaruddin sedang giat melatih memurid kawad kaki, nampok bersungguh Ust Din kali nie ..
Posted by Picasa

Monday, March 02, 2009

Anakku


Wah!! anakku dah berusia 2 bulan,he he he dah timbang tadi berat ade la 4.5kilo sblum nie 3.5kilo naik sekilo la ... Ape cite Firtudungbiru yek lame dah xdgr cerita kalo free call la saye...
camner anakku tu comel n kiut kan biase la like father like son ..

Friday, January 30, 2009

Satu blog satu harapan

Ho ho ho, baru tadi koi wat blog baru kat sini, ha saje try kot2 bleh jadi top he he he he... nampok nye gitu le..

lame dah koi xnulih kat sini yelah bz kononnye he he he he.... nie dah nak bln 2 byk lagi benda xsettle xtau la koi, camne nok buat xpelah koi usaha sebaik yg bleh utk buat terbaik bagi taun ni InsyaAllah ...

Friday, January 16, 2009

Salam Pertemuan di tahun baru

Alhamdulillah, masih lagi panjang usia ku , walaupun 2008 dah berlalu , namun byk kenangan pahit dan manis yg telah ku lalu, kehilangan Biras kembali Rahmatullah pada 9.12.2008 byk meninggal kan kesan padaku, aku tau byk yg telah ku lalui bersama arwah ketika masih hidup. Walaupun masih terasa kehilangannya namun ku tetap berusaha utk meneruskan hidup ini.2008 jugak menyaksikan kelahiran baby ku yg ke2 . Pada tahun nie ku tetap akan berusaha dgn sebaiknya InsyaAllah (walaupun ade halangan) utk menjadi yg terbaik dikalang yg baik.. semoga berjumpe lagi Wassalam...

Tuesday, October 14, 2008

Lintasan Hati

Hidup, memang penoh dgn pelbagai cobaan n ujian. it allways about our heart, allways about myself never ever about anyone , went something happen it must have some reason ,sebab tu la aku selalu dilema , yelah mcm kancil yg tersepit dtgh2 2 ekor gajah yg henat berjuang. mungkin dilema ini akan hilang tapi bagaimane yek? Allah selalu menguji kesabaran ,keikhlasan dll yg ade pade kite .. ujian bkan sekadar kesusahan,kesempitan dan kedukaan . Ia menrangkumi semua yg terdpt pade kite. Sedih,suka,sebak,resah dan pelbagai selalu bercampurbaur ddlm hatiku, Entahlah sejak akhir nie, aku byk cube mempasrah diri pada Allah, Memang kebimbangan aku pada "perkara" itu xpernah hilang. bagiku cukuplah skali, xsanggup rasenye berdepan lagi dgn cubaan yg sebegitu..Ya Allah tabahkanlah ibuku,bapaku,keluargaku,rakan-rakanku,Sahabat-sahabatku dan aku bagi menghadapi segala ujian dan cabaran dimasa depan Amin...

Susah,senang memang selalu bermain dimata, keinsafan dan kesedaran selalu terlintas dihati. Nak ku bantu aku xmemiliki,nak dihulur aku xmempunyai, aku hanya mampu berdoa agar mrk dirahmati dan dikasihi Allah.. WallAllhu'alam..

Friday, September 26, 2008

Hatiku..........

entahlah ... sudah menjadi resam hidupku agaknya , bile diperlukan disanjung ,dipuji,diberi layanan but bile dah dpt habis madu sepah dibuang, gitule biasenye yg terjadi , ho ho ho aku menangis pun dlm hati je , abis2 tulis je la kat sini.. nak kate camner yek.. aku pun xtau , biorlah yg penting aku dah wat terbaik utk tlg dieorg, yelah kekadng terase gak cam diprgunakan anyway bise kalo org mintok tlg aku tlg je mane yg patut dan termampu aku buatlah.. hopefully aku tabah,redha dan sentiasa brsemangat membantu org lain, ( i allways wish that i can write off this feeling but i'm just ordinary human being ) well i think this post can make my heart cheer a little bit :D ... hmmmm i hope just hoping something i guest ... well nevermind i have to pray to Allah just give me strong heart to make everyone happy and fine ..

Selamat Hari Raya

Saye dikesempatan ini nak ucapkan selamat hari raya dan maap zahir batin kpd semua....

Thursday, July 31, 2008

Aku dan kehidupan


Cam sbelah nie kot :P , entah la next week aku citer.. InsyaAllah

Saturday, June 07, 2008

Realiti Kehidupan

Marilah sesame kita renungkan kisah ini....

Corpetro said... saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.
isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....
Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...
Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik....

Inilah realiti kehidupan sekarang,saye ambil kisah ini dari sini.

Saye sebenarnya teramat rasa sedih,kecewa,tidak gembira dgn ape yg berlaku skrg.Kenaikan harga minyak byk mempengaruhi pelbagai faktor walaupun dinafikan sekerasnya oleh pelbagai pihak.Sama mcm seblum nie kate xnaik tapi naik gak.Saye amat memahami keadaan saudara Corpetrosebgi One Man Income krn saye jugak One Man Income, Kenaikan minyak ini amatlah membebankan semua rakyat terutama golongan yg mcm kami.
Wahai sahabatku marilah kite bersama berubah dan kembali mengingati tuhan hanya inilah sesatunya jln yg membawa penyelesaian sepenuhnya.Marilah kite bersatu dan bersame2 bkan utk mengutuk paklah dan kerajaan,bkan utk mengadakan mogok atau demontrasi jalanan tetapi menggunakanhak dan sesatunye senjata kite (org Mukmin) iaitu doa kpd tuhan.Bkan dipinta keruntuhan kerajaan paklah tetapi agar Allah membukakan pintu hatidan mata hati mrk2 agar sedar,insaf dan berubah ke arah kebaikan ataupun didtgkan seorg pemimpin yg seumpama Rasulullah S.A.W semoga kite berolehkembali keamanan,ketenangan dan kemakmuran.. Wallahualam Terima Kasih ..

Friday, June 06, 2008

Telah Kembaliiiiiiiii yes!!!!!

Alhamdulillah, at last aku dpt gak post kat blogspot nie . thank a lot pade abg faiz kat penang coz telah memberikan satu penyelesaian pada saye utk terus pos kat sini he he he...... oklah start hari nie maka bermulalah satu kepulangan kembali saye kat blog nie ok.. papehal pun jumpe lagi lain kali Wassalam..........

Monday, April 28, 2008

Sambutan maulidur rasul


Anak jengka 13 sedang menyambut maulidur rasul.

Monday, February 11, 2008

Biarkan ku pergi

Kadang2 berat bagi kita utk tinggalkan ape yg dah lame kita buat tetapi ade masenya kita terpaksa berhijrah utk sesuatu yg lebih baik . ini adalah post terakhir aku kat sini , buat semua yg mengenaliku terima kasih atas segalanya aku berhijrah ke satu blog baru disini

oklah semoga jumpa lagi ....

Assalamualaikum ...

Thursday, December 13, 2007

Monday, July 23, 2007

Liku2 kehidupan

Benarlah kata org setiap yg dtg pastikan pergi samaada berpisah seketika ataupun selamanya. First time aku wat blog nie lansung xterpikir sampai nak bertahan selama ini. Sebab tu lah motto tu aku bubuh kat blog nie.Bebaru nie member aku dpt surat dari JPNP kira cam notis la but notis tu sampai baru lagi minggu lepas arie Khamis, die nie pekerja sambilan kat sini so tergezut gak la kiteorg pasai notis tu. die dpt notis penamatan perkhidmatan, memang we all tak sangka notis camtu die nak dapat coz sblum nie ok je.. tak tau lah.... mungkin dah sampai sini jer rezeki die ngan govement kot. aku rase sedih gak .. yelah dah memcm die ajor kat aku nie kira best pren la nie.. entah la today is his day, tomorrow and another day maybe my day la plak ... i wish semoga die tabah dan sabar menempuh hari-hari yg mendtg oklah aku nok layan lagu doa perpisahan brothers nie ok babai

Friday, June 29, 2007

the most kontroversi week ever

well nampoknya dah lame xupdate blog nie , oklah pada minggu nie byk gak lah case2 yg terjadi kat sini.. biaselah pelbagai org byk le ragamnye ye tak ... walau camner pun terpakse la aku diam je kalo lelebih kang tak pepasai lak aku yg kena .... he he he :P oklah la nie aku tgh merancang nak buat bajet baru lak sempena kenaikan 35% tu la.. ingat nok beli keta ngan motor but dah kire brp kali dah tak cukup lak duit.. hmmmmm kalo menang powerroot ok gak... :D .. week nie last la dgn kak zahira after this she dah betugas kat JPN Pahang .. name PT baru tu Azmi .. mai drpd PKG Cameron Highland .. aku tgk cam ok gak .. but he new la dlm sk nie coz sblum nie dier hanya buat keje stok je entahla aku harap nie dpt belajo ngan cepat keje pt nie coz byk yg aku pun tak tau nie ... oklah kalo ade mase next time aku cite lagi ok only this from now on ... bai

Monday, June 04, 2007

Kisah Kehidupan

life .. byk yg bleh diperkatakan, but always something happen not as we have plan before yelah kita hanya merancang but tuhan yg menentukan .. sebab itulah kita kena sentiasa bersedia utk menerima kebarang kalian sesuatu yg tak diduga yg bakal kita tempuhi . ok hingga next time moga success sentiasa k bye :P

Saturday, May 19, 2007

Selamat Hari Guru

16hb Mei adalah tarikh dimana hari guru disambut di seluruh Malaysia .. xterkecuali la kat sekolah aku nie , walaupun badget nye ciput tapi all teachers dah buat sehabis baik dah.. so kat sini aku pun nak ucapkan

SELAMAT HARI GURU KAT SEMUA GURU YG ADE KAT mALAYSIA NIE TERUTAMA KAT sk durian tawar he he he.

Friday, April 06, 2007

my work place ( tempat keje ku )


A'kum, pade semua yg sudi menjengah blog kome nie .. oklah arie nie nok tunjuk sekitor tempat keje koi he he he... pade yg dah dtg tu thank a lot lain kali mai la lagi ... Gi!!! bile nak antor gambo arie tu ?


Wednesday, April 04, 2007

Sambutan Maulidur Rasul di Jengka 13....

Assalamualaikum, firstly sorry la coz xdapat nok upload gambo time majlis tilawah tu ... sebagai gantinye maka saye pun upload le ghambo time sambutan maulidur rasul kat sini...






Kaum ibu dan bebudok perempuan membawa sepanduk dgn penuh bergaya...













ramai la bebudak yg bersama2 menyambut maulidur rasul



kelihatan kaum bapa begitu bersemangat melaungkan selawat ..walaupun bilangannya agak sedikit berbanding dgn bebudok..








ceramah disampaikan oleh Ust Idris bin Idrus dari SK Sentosa










ok .. sehingga jumpa lagi babaii ......

hindarkan kontroversi tingkatkan prestasi............

Thursday, March 15, 2007

Cuti Penggal Persekolah Yg Pertama..... dan MTAQ

Cuti dah mai dah... lega la kejab xde ganggu dek memana pihak.. anyway after a few days time cuti nie dapat lagi sorg staff baru yg akan menjaga PRAsekolah ...... lepas cuti lak terus ade Majlis Tilawah Al-Quran arie Isnin tu .. xdapat nak bayangkan camner keadaan pade mase tu hari Ahad dah kelam kabut nak gotong royong sampai mlm le jwbnye ... kalo rajin nanti InsyaAllah akan diupload la gambo time tilawah ngan waktu gotong royong arie ahad nanti .. ok lah

oh ye.. utk azriey semoga kuku jari tanganmu sembuh seperti sediakala..

bye....

Thursday, March 01, 2007

Aku dan kesibukan ku

Alhamdulillah, finaly i has some space to spend a little time just for me , to write something on my blog .Setelah beberapa bulan berlalunye tahun ini , baru ku teringat azam2 ku yg blum dapat ku jelaskan , yelah skrg nie aku melampau bz mengalahkan kontraktor swasta lagi ,dgn surat, fail , kertas peperiksaan , mesin fotostat dan etc .Dah macam kawan karib aku dah hehari nok mengadap semua bende nie ... ehhh dah lama jugak aku tok tuligh kat blog nie anyway thanks la to all yg sudi support aku kat alam siber nie.. :) . telah bebrp bulan taun 2007 nie membuatkan aku memutus utk berazam!!!!! ha!!! kalo nak tau ape die ? ok azam aku tau nie nok ikut seminar yg saifulsham dok buat itupun kalo ade duit lebih (semoga gaji bertambah 40%) he he he ok la utk peminat kyle xy ha nie ade bonus nak tau klik la kat sini.
ok lah selamat mendolot dan jgn lupe allways smile and keep in touch, bye .

Saturday, January 13, 2007

Permulaan 2007

Dah lame rasenye tak update blog nie .Sorry guy i'm now very bz with my own work.. but this year i will try the best to allways update my blog :D . Memeandangkan dah masuk tahun baru nie maybe saye nak buat skit pembaharuan pade blog nie kalo sempat ok lah i wish you all happy new year and moga naik gaji he he he....

Wednesday, October 04, 2006

Selamat Berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah... sempat gak aku upload ghambo nie kat sini nampoknye dah hari ke 11 pose
tak lame dah nok raye yek oklah nanti ghambo raye lak ok .....

Friday, June 30, 2006

minggu yg sibuk ...........

memang tak sangka ... skrg all over malaysia tgh sebuk utk mengumpulkan maklumat peribadi staff dan guru , ini menjadikan aku org terbz didunia nia coz nok file tu sblum 30hb jun , antor surat 27hb jun ke skolah .. memang gini selalu but yg file nie berat skit coz nok info dari memula dpt offer keje gov sampai skrg .. huh !!! gile btui depa nie buat keje semua last minit mane aku nok korek info tu bkan semua ade kat skolah .. ape lah dieorg nie nok kate bodo keje kat kementerian pendidikan , nok kate cerdik .. aku rase takde org bijak buat keje last minit camni .. kalo maklumat skit tak pe la ni utk 20 org , 4 org nok pencen dah tah brp skolah dah depa tuko aku pun tak tau ... kalo skoloh menengah mampus la ade guru je 40 org tu blum staff lagi hohohoi .... depa buat keputusan lansung tok pikir semua nok mudoh je .. hai mendelah nok jadi nie aku pun tak tau lah ... :D :P

Wednesday, June 14, 2006

Hari ketiga persekolahan .......

Dah masuk arie ke tiga ... ah sok arie khamis and pastu jumaat xlame pastu sabtu baru le bleh rilek ... ho he hu .. hmmm kali nie bicara pasai hidup lak ok ..

this is a story about some one

A nice story u must read it. Since last night my young son has been unwell. When I got back from workthis evening I decided to take him to hospital despite my exhaustion.There were many waiting; perhaps we will be delayed by more than anhour. I took my number and sat down in the waiting room. There were many faces, young and old, but all silent. Some brothers! made use of the many booklets available in the waitingroom. Some of those waiting had their eyes closed, while others werelooking around. Most were bored. Once in a while the long silence wasbroken by a nurse calling out a number. Happiness appears on the onewhose turn it is, and he gets up quickly; then silence returns. A young man grabbed my attention. He was reading a pocket-sized Qur`ancontinuously; not raising his head even once. At first I did not thinkmuch about him. However, after one hour of waiting my casual glancesturned into a deep reflection about his lifestyle and how he utilizeshis time. One hour of life wasted! Instead of making benefit of thathour, it was just a boring wait. Then the call for prayer was made. Wewent to prayer in the hospital's mosque. I tried to pray close to theman who was reading the Qur`an earlier in the waiting room. After theprayer I walked with him. I informed him of how impressed I was of himand how he tries to benefit from his time. He told me that most of our time is wasted without any benefit. Thes eare days that go from our lives without being conscious of them orregretting their waste. He said that he started carrying thepocket-sized Qur`an around when a friend encouraged him to make full useof his time. He told me that in the time other people waste he gets toread much more of the Qur`an than he gets to read either at home or inthe mosque. Moreover, besides the reward of reading the Qur`an, thishabit saves him from boredom and stress. He added that he has now been waiting for one and a half hours. Then heasked, when will you find one and a half hours to read the Qur`an? I reflected; How much time do we waste? How many moments of our lives pass by, andyet we do not account for how they passed by? Indeed, how many monthspass by and we do not read the Qur`an? I came to respect my companion,and I discovered that I am to stand for account and that time is not inmy hand; so what am I waiting for? My thoughts were interrupted by thenurse calling out my number; I went to the doctor. But I want to achieve something now. After I left the hospital I quickly went to the bookshop and bought apocket-sized Qur`an. I decided to be mindful of how I spend the time. If this information is beneficial to you, then please do forward it toyour friends and relatives. Our Prophet (sallallaahu 'alaihi wa sallam)said; "Whoever guides or directs to good, then he gets the same amountof blessing (reward) as the one who does it"

ok that for today .. bye ...

Saturday, June 10, 2006

Kisah tudung di Indonesia .

May be org yg baca ingat ni kisah harga tudung ke atau pelbagai jenis tudung but sebenornye bukan tentang nie , bicara ku kali nie tentang reliti yg berlaku ok inilah kisahnya ... dengan rase rendah diri saye mempersembahkan kisah ini ....

INGATAN BG YG TIDAK MENGERTI...
Hikmah bertudung... ingatan bagi yang tidak mengerti

"KISAH BENAR DR INDONESIA"

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur
annisa,seoranggadis yang baru menginjak
dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan
seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,
perkembangan tingkah lakunya benar-benar
membimbangkan ibu.

Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang
saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar
khususnya buat kaum hawa..

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang
ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak
senang tambahan pula ibu merupakan guru
al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang
terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai
tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga
seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil
antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik
berkata dengan suara yang agak keras, "cuba
mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya
pakai tudung, tapi perangainya sama je macam
orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-
kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun
selalu keluar dating dengan boyfriend diorang,
pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai
tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah
berhampiran rumah kami. Adik bertanya kepada
saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu,
isterinya buta, bisu dan tuli?"Lalu saya menjawab
sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik
mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar
pergi.
Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat
perubahan yang benar-benar mendadak berlaku
pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah
muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa
yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu
buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai
baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya
sendiri jadi bingung..bingung campur syukur
kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan
yang ajaib.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan
untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu
perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya
bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa
adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah
ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat
ditahan.....saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera
menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam
esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh
mengucapkan kalimat Syahadah diakhir
hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan
lagi.selesai upacara pengkebumian dan lain-
lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas
mejanya terletak sebuah diari. Saya membaca utk
mengetahui perubahan yang terjadi ketika adik
baru pulang dari rumah jiran baru.

Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat
banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan
bersinar seperti bidadari
"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya
kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi
masih kelihatan
cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya
keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah
yang
boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu
menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa
tak a da masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi
kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah
rasa
nak pakai tudung..
pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT
menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut
hingga
hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan
muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah
SWT
nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita
bertudung yang
kelakuannya
tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi
hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang
bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari
mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia
sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada
Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar
perkara yang mengundang mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu
dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi
tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang
tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah
menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir
perkara yang mengundang syaitan untuk
memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari
sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa,
maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati
kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas
tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi,
macam
mana saya nak buat
semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai
tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang
dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk melaksanakan amalan-
amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan
yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana
seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup
sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas,
yang tanahnya dari logam yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari
didekatkan di atas kepala kita namun keadaan
gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan,
ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal
satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh
menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia berbaris dengan barisan yang
panjang dan masing masing hanya mempedulikan
nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh
kerana rasa takut yang luar biasa hingga
tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan
bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang
tergantung amalannya , ada yang melihat ketika
hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada
yang berbentuk seperti haiwan, ada yang
berbentuk seperti syaitan, semuanya
menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT
murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum
dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia
dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang
panas membara hinggalah sampai ke Timbangan
Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai
Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal
pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan
menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat ,
Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di
sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak
titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan
saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan
itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah
melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak
pernah mahu mendengar perkara yang dapat
mengundang murka Allah SWT , wanita tidak
pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang
mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT
menerima adikku disisinya..Amin

Wednesday, May 31, 2006

Bicaraku ....

Hidup is something real. it about myself , no matter what have i done, it all about me .. bagai melihat pelbagai website dan blog .. semua have something speacial ... kekadang bila ku lihat blog org rase cam tak best lak blog sendiri nie , gitu le dgn hidup kite went look at somebody allways kite rase tak puas dgn ape yg kite ade . sebenarnye kite forget bahawa semua nya di anugerahkan oleh tuhan .... walau sebesar mane , walau sekecil mane , walau sebanyak mane , walau sesikit mane pun semua kena kite bersyukur .. ape pun tuhan dah bagi setakat nie rezeki kite Alhamdulillah ... bersyukur InsyaAllah akan di tambah nikmat yg diberi ... Wassalam...

Tuesday, May 30, 2006

Hujung Bulan Datang lagi!!!!!

tak sedar dah lame tak nulis blog he he he sorry yek skrg nie bz skit coz ade beberape benda nok settle dulu ok .. allways kite time ujung month nie selalu bz ambik gaji, bayor bil, utang dan pelbagai yelah memacam nok kena settle dulu .. kekadang gaji lambat kekadang dpt separuh je dulu yelah dah memang lumrah gitu lain la kalo keje gov nie gaji sokmo kena time jarang miss oklah dari keje swasta anyway gov ke swasta ke same je janji ikhlas dan tak bersunggut ok semoga kite mendapat keberkatan dlm hidup ok chow ...

Sunday, May 14, 2006

dah lame tak nulis

hai !! sedar tak sedar dah tgh taun berlalu .. lame dah aku keje kat sini rupenye.. oklah selamat hari guru dan happy mother day he he he :D

Friday, April 07, 2006

Penat !!!!!!!!!!!!!! wei ... blik kuantan :P

Baru smlm blik dari kuantan penat gak kursus pun bukannye relaks sampai kul 11.00 mlm weh .. jenuh gak he he he .... anyway thankz to 2 org cekgu tu ( En. Azlan ngan En. Hazlan ) susoh payoh ngajor kiteorg ye la seme bkan memuda dah tetua pun ade but semangat diaorg blajar tu memang hebat kagum gak aku he he he walaupun yg dieorg ajo tu basic but byk gak la yg aku tak tau :P any way sok lak ade sokan lak kat sekolah aku nie hai bz lagi ler esok ahad ler baru dpt relak lelama skit agoknya ... ok sehingga lain kali Wassalam...

Tuesday, March 28, 2006

knowledge that we share .....

Ilmu adalh sesuatu yg universal !! amat penting for us to share the knowledge utk mempercepatkan lagi kebijaksanaan dan memperluaskan lagi ilmu kite .. maybe some one to amat kede (kedekut) biarlah yg rugi die bukan kite ... sebab nye tercipta internet pun merupakan bermula dari percubaan untuk mempercepatkan lagi perkongsian ilmu tersebut.. so samelah dgn wujudnye BDN (Bincang . Net) coz nak kongsi ilmu .maybe bagi mrk yg tak tahu akan berkata memacam yg negatif kerana mrk tak penah didedahkan dgn perkara ini.. so marilah kite ajak reramai member utk berkongsi ilmu dan memacam lagi kat internet nie .saye bersyukor coz diperkenalkan dgn internet di waktu awal kemunculan internet di malaysia anyway thankz to Kak Ida Muafakat Temerloh he he he rasenye cukupla setakat ni coz minggu depan nok gi kuantan kursus kat hoel sri malaysia ... 2hb April sampai 6hb April ... ok wassalam..

Wednesday, March 22, 2006

awas!!! injil bahasa arab

baru dpt email plz tlg sebarkan yek .... kalo dah lame citer nie sebarkan la pade hok yg tak tau lagi ok ....

Description DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman.. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah

Thursday, March 16, 2006

disebalik sengatan seekor lipan

Sakit memang ler kalo kate tok memang tipu ... tak sangka lak nak kena mlm tadi memula ingat kena gigit dek small bug yg flying around the lamp tapi pas tu garu rase lain tak lame pastu org umoh lak kate dier kena ketip gak , koi terus suspcet nie mesti lipan nie terus carik dlm gelap sempat ler nampok ekor dier lari msk bawoh tilam pastu terus tarik buaian kluar pasang lampu blik terus selak tilam aik! ilang pulok lipan tu 1jam 1/2 koi selongkor bilik carik lipan tak jumpe koi kluar tetiba rase something lalu koi terus tgk tu die lipan yg ketip koi lari nyorok kat bawah kipas .. hek jumpe pun maka tamat la riwayat lipan tadi setelah berjaye mendapatkan koi mc sehari ho ho ho Alhamdulillah syuko coz lipan tade dah mengajo beberape perkara padaku hari nie .. before tu anok koi (nana) selsema and batuk jadi bila sakit die tak leh tido bergolek golek (baca cam sin chan sebut) kena enjut dlm buai la sokmo sebelum tu koi fikir ngape la anok koi tak mcm anok org lain kalo skit mudoh tido nie tok susoh gak tido tak kire sakit ke sihat ... but bile jadi cam ni barulah ku sedar ( baca cam lagu mawi ngan mnasir) byk hikmahnye bayangkan kalo die tido kat tilam hah mesti tinggi risiko nye kena gigit ngan lipan tersebut... anyway aku pun dah lama sihat sesekali sakit ape salah nye yek sayang gak tuhan kat aku .. he he he terhapus la jugak dose aku skit-skit ye tak ... kalo tak sakit cam firaun hanyut ler aku nie.... tu pun kena ketip kat lengan tgn kiri bukan kanan masih lagi bernasib baik aku nie ... Alhamdulillah syuko walaupun kou seekor lipan tapi banyak pengajaran yg aku dapat darimu ... maafkan daku coz membunuhmu Sekian wassalam ... huik panjang lak koi nulis arie nie ho ho ho utk fir tdbiru semoga berjaya dlm pembelajaranmu di dunia dan akhirat ... try hard and good luck.

Tuesday, March 14, 2006

assiment 4 azriey_907 ho ho ho

tetiba dpt call khabo nak tahu cecara buat website .. huh ingat sonang payoh gak la basicly bleh buat pakai frontpage je kalo dah advance buat ler pakai html ( poning uik ) nok senang sewa hosting dulu install cpanel pastu install la pape yg patut .. oleh sebab susoh jadi nie ade satu web hak terang camne nok buat web pakai html kalo assiment tu pakai bi copy paste le ... kalo bm pepandai le aok translet yek hho ho ho ... nok tgk web tu klik kat sini

Monday, March 13, 2006

bosan!!

arie ni start la keje blik but time cuti skolah nie memang boring giler yelah aku sorg lak tu kerani cuti kat raub dua arie tinggal ler aku tercegat kat office sesorg diri haiiiiiiii... nak buet camner dah nasib bdn .. he he he lepaih meroung kat beberape web , aku singgah jap kat malaysia top blog tak sangka blog afdlin tempat ke 3 tertop kat situ ho ho ho tak caya klik la kat situ jgn lupe vote skali ye he he he tq tq ...

Thursday, March 09, 2006

Luahan rase hatiku ( cewah jiwang nye )

Setelah sehari berlalu ( sama dgn 2 hari takde air ) baru le ku sedar betapa penting nye nikmat air paip nie .... dpt ku gambor kan camne rase kalo tak de air paip . cam dulu koi ingat lagi pepagi time nok gi skolah tgh gelap suboh koi gi ( ditemani mak la ) mandi kat perigi .... tak sejuk pun air perigi nie pepagi cam ade water heater he he he .. waktu zaman tu masih pkai pelite minyak tanah bgn pagi abis itam tapok kaki kena jelaga tapi waktu tu taun 1983 skrg seme mudah petik suis nyale lampu pulas paip kluar air ... hiesks kekadang rase risau jugak yelah dah byk Allah bagi kemudahan but aku bersyukor pun tok sampai rasenye ke tahap yg memuaskan .. jgn la nok tgk yg api air nie , tgk bersama mu pun tak terasa nikmatnya aku nie hai entah la ...moga aku termasuk golongan yg bersyukor Amin ....

ingat satu nasyid hijjaz ...

bila disebut syurga tidak terasa akan nikmat nya ...
bila disebut neraka tidak terasa akan gerun nya ....
itu menunjukan jiwa kita mati atau buta .....


apelah nok jadi nanti kat aku nie yek entah neraka atau syurga ?

Tuhanku aku tidak layak utk syurga mu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka mu dari itu kurniakan lah ampunan kepada ku ampunkanlah dosa ku sesungguhnya engkau la pengampun dosa dosa besar....
moga Allah mengampunkan dosa kite semua Amin....

Wednesday, March 08, 2006

the most bz week ever :P

wah wah !! i almost dead this week terlampau nye bz coz bebudok peksa penggal pertama.. anyway i wish they all lulus and prepair 4 sokan tahunan ho ho ho nie hok best nie coz of this la dah lame dok update blog ( sorry yek ) sometimes maleh gak nok update tapi oleh sebab ramai gak hok bace koi update le .... oh ya!!! camne aryei kat unimas (swrk) tak kene kurantin ke coz la ni sebok ngan sakit kuku with mulut ... dgr cite taska and sk dah tutup camne unimas tok tutup ke ? kalo terbace repply la kat shoutbox tu yek he he he anyway i wish u allways on good luck and happy ever after ok only this for this month maybe la kalo rajin update lagi ok bai ...


hidup bukan semata utk mkn tapi utk ibadah pada tuhan ....

Sunday, February 26, 2006

Promote artis !!!!!!!! :P

ok la dlm melodi siang tadi koi dengor adflin sebut blog die tergezut jap aku .. tok penah lak aku tau ade artis nulis blog so aku terus search kat google jumpa pheh ropenye dah lame dah projek die nie so aku ingat baguih jugok kalo aku support die nie ok ni la blog nye ...

afdlinshauki.blogspot.com

moh le reramai support dier nie coz he is the best !!!!!!!!!! ho ho ho

Tuesday, February 14, 2006

Banjir / Assyura

Musim banjir dah mai dah kalo tak silap last banjir besor 2002 makne nye taun nie 2006 banjir beso akan kembali ( setiap 4 taun ) ho ho ho kene la stand by ngan bekalan makan secukupnye yek ... tok pun pindah cepat cepat .... kebetulan lak ngan time org buat bubur assyura ... hai ilang le cite assyura coz sebuk ngan banjir yek ... koi harap moge slamt le seme org taun nie jgn la ade yg jadi mangsa banjir yek ... Amin !!!!! :) anyway skg dah msk bln feb dah 2 bln sekolah bermule penat gak memacam keje yg menanti dgn axtiviti , sukan dan memacam perkara huik byk gak mende yg kene settle ... seme ade date line terkejar2 koi dbuat nye anyway i'm happy coz kat sini ade memacam intensif ho ho ho ho best gak keje gov nie yek ok babai

to: mat oik!! jadi yek arie sabtu nie tunggu koi kat umah ho ho ho psst kalo ade dvd lain pinjam yek :D

Monday, February 13, 2006

Dah ok dah !!!!

Alhamdulillah dkat sebulan msjbx bermasaalah akhirnye .. anyway forum tu still open sesape nok kongsi idea bleh ler klik . thankz to bro junaidx coz beruseha gigih tu memberi perkhidmatan terbaik ho ho ho ho ho ok babai ...

Monday, February 06, 2006

keje balik dah !!

dah pueh cuti mule la time keje ho ho ho ... pasni sampai bulan april la tak de cuti tambahan ( sedih gak ) kecuali sabtu ngan ahad tapi tak pe pueh gak cuti 2 arie tu pung .... anyway dulu payoh nok rehat kecuali arie ahad je la nie pueh rehat weiiiiiiiiiiiii ... best gile ................ ho ho ho ... but dah beberapa minggu mesejbox prob le pueh koi nok repair tok leh gak .. prob kat server kot .. kalo sesape nok msj gi la kat sini pastu klik kat forum tinggal la mesej kat situ ... ok la cukup kot tuk minggu nie any way i wish u all good luck an allways sehat sejahtera k :P

Friday, February 03, 2006

Problem pade shoutbox!!!

Perhatian !!! oleh sebab problem kat msgbox masih lagi blum dpt di settle kan so dgn ini sesape yg nok tinggal kan pesan just klik here and sorry la kalo burok website tu yek to mat no. phone ade kat situ yek k babai and sorry 4 all problem ......

Thursday, January 19, 2006

wah !!! blogku ilang

ho ho ho baru tadi try msk kat blog sendiri tak leh view lak haik pelik nie ???
takpe try le kot2 bleh view lak k

Monday, January 09, 2006

Tahun baru. azam dan pegertian ....

tahun baru 2006 ? ha ha ha ha ... bagiku 1 muharam je tahun baru lagi pun aku nie org islam itu je la tahun baru yg aku ade ... bese pade 30 zulhijjah before magrib aku bace yassin 3x utk tutup buku and after magrib bukak buku baru ( buku amalan) hmmm.. anyway taun nie aku berazam utk sembhyg magrib and isyak fully kat masjid and try memberi kefahaman islam yg sebenar pade seme org kire cam dakwah la gitu .... k bagi ku taun baru nie merupekan 1 langkah yg mendekatkan kite ke mase kematian kite makin dkat nok kiamat , risau gak yelah aku dah le byk dose kang tok sempat lak nok tobat ... moga Allah ampun kan dose ku .. Amin.. taun baru nie bagi org islam bese nye di tutup ngan bace yassin 3 x dan dibuke ngan membace doa taun baru ( sile tanye ustaz @ ustazah utk maklumat lanjut ) ... bagi ku ikut le sabde nabi bermaksud lebih kurang cam gini " kerje lah kamu seolah olah kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadah la kamu seolah olah kamu akan mati esok hari " ok moge dpt dijadikan panduan utk u all pade taun baru nanti wassalam...

Saturday, November 12, 2005

saat terakhir ku d sini..

Sedih ? entah tok tau lak gembira? tok jugok .. he he he bercampur baur rase kat dlm hati nie ... tuhan je yg tau ... aku harap semoga ditabhkan hati dkuatkan iman tuk meneruskan perjalanan idup hok masih jauh nie moga tuhan makbul kan Amin.. alamok ter emos lak he hehe .. bese la saat akhir kat sini sedih gak skit skit gumbire tak terkate lak , ho ho ho macam nie ler idup bertemu ngan berpisah tu adat ler, dah kalo itu takdirnye ye tok ... he he he anyway i hope bleh jumpe semula nanti and wish u all have fun and better job than me ok .. adios ....
kalo sedih dgr la lagu suratan atau kebetulan keny R M ngan doa perpisahan brother tangkap feeling siot he he he...

Thursday, November 10, 2005

tak sabo dah !!!!!!!!

well arie nie dah arie khamis . sok la aku kene g hosp mentakab tgk result medic checkup aku ..
hai camne yek ... ketar gak lutut takut tok pas je .. ari ari aku doa moge lepas he he he bkan mende bimbang je .. cume tuhan je yg tau camne kat dlm nie . suke ade sedih pun ade but la nie control je la nok buat camner dah kalo itu takdirnye ... eh cam tajuk drama lak he he he .. anyway today aku dpt sorang geng baru hu hu hu seronok gak chat pakai ym ngan dier anyway nie la adress blog dier enjoy yek :D